Saturday, February 28, 2015

Mee Rebus Pilihan Saya





Mee Rebus Pilihan Saya

Seperti Mee Kari, saya suka makan Mee Rebus yang “condiment” nya banyak atau lebih banyak dari mee itu sendiri.

Saya tak berapa suka Mee Udang lebih-lebih Mee Udang Banjir di mana bilangan udangnya terlalu banyak.

Pada saya Udang hanyalah penaik selera memandailah seekor-dua sahaja. Berbeza jika isi udang dikisar dalam kuah. Malah kuah boleh diperenakkan agi dengan tambahan isi ketam rebus dan isi ikan kembong goreng!

Kuah Mee Rebus pula mesti terasa manis ubi keledeknya. Boleh juga dimasak dengan tulang. Hirisan daging pula sebagai penambah selera.

“Condiment” nya pula mesti ada Telur Rebus (sebelahpun memandai). Mesti ada Ubi Kentang Rebus yang dihiris berkeping atau dicincang-dadu. Mesti ada Cucur (Cucur Bawang?). Mesti ada Cucur Keras Ranggup seperti keropok itu. Biasanya Penjual akan memecahkan (meramas?) Cucur Keras ini di atas mee.

Mesti ada Tauhu Goreng. Optional untuk Isi Makanan Lauk seperti Fishball atau Fishcat Goreng. Mesti ada Bawang Goreng (mesti banyak!) dan Daun Sup, Cili Merah, Cili Hijau sebagai hiasan. Boleh juga disediakan Cabai Jeruk. Cabai Jeruk mesti yang baru dan ranggup bukan lunyai!

Sungai Dua, Pulau Pinang memang terkenal dengan Mee Rebusnya terutama Mee Rebus Udang. Antara yang terlama dan termasyhur ialah Mee Rebus Selera Seri Tambang (Udang Ceduk) dan Mee Rebus Pak Ngah. Boleh rujuk blog Orangkecilorangbesar saya mengenai Mee Udang di Sungai Dua ini.

Hari ini saya mencuba satu lagi Mee Rebus di Sungai Dua di Gerai Mee Rebus Faisol, tepi Balai Polis Sungai Dua.

Mee Rebus Faisol simple sahaja! Hanya ada seekor udang, hirisan daging, telur rebus, dadu tauhu dan bawang goreng/daun sup. Tapi kuahnya memang menyelerakan! Terasa kemanisan ubi keledeknya!

Rupa-rupanya di antara kemegahan Mee Rebus Selera Seri Tambang dan Mee Rebus Pak Ngah di Sungai Dua, masih terdapat Mee Rebus yang simple sahaja tetapi kelazatan tidak kurang hebatnya.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: