Wednesday, April 09, 2008

Pasar Malam Changkat Jering



Pasar Malam Changkat Jering

Sudah lama aku tak ke sini. Semasa bekerja kilang di Ipoh tahun lepas, rajin juga aku singgah kalau habis kerja lewat petang Sabtu.

Dulu kami sekeluarga selalu ke sini selepas Asar dan pulang sebelum Magrib menjelang. Sebenarnya tiada apa yang dibeli. Biasanya ”floor shopping” kemudiannya singgah di gerai paling awal sekali untuk makan sate, laksa, pecal dan sedikit kueh-mueh Melayu. Biasa dan kebiasaannya orang rumah aku setia dengan kopi-o aisnya, aku dengan anak jantan seorang aku itu sekadar teh-o.

Sering-kali kami berkongsi meja panjang dengan penghujung lain dari Utara yang semata-mata keluar dari susur keluar lebuhraya di Changkat Jering ini, untuk singgah sebentar di Pasar Malam Changkat Jering ini. Hanya untuk imbauan nostalgia, ujar penghujung yang ditemui.

Sebenarnya aku mempunyai ingatan yang berbalar dan samar-samar di sini. Aruah Tok Nyang aku berkayuh basikal sekitar 50 km dari Batu Kurau sehingga Air Kuning untuk berjumpa rakannya seorang mahaguru silat, dan kemudiannya singgah di Pasar Malam Changkat Jering ini sebelum mengayuh semula pulang ke Batu Kurau.

Ibu aku dan nenek saudara aku (umur hampir sebaya dengan ibu aku) mengumpul duit dari mengambil upah bendang dan mengayam atap dan kemudiannya menaiki bas atau kereta sapu semata-mata untuk ke sini. Semuanya ini semasa di zaman remaja mereka.

Mungkin petang Sabtu nanti aku akan berkunjung ke sini bersama keluargaku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: