Wednesday, December 23, 2009

Al-Fatehah Azizan Mustafa




Al-Fatehah Azizan Mustafa

Pagi Ahad lalu saya menerima beberapa panggilan telefon dari geng 4x4. Suasana binggit di trek Cub Prix Padang Kota Lama, Penang menyebabkan saya tidak dapat mendengar deringan-deringan telefon ini. Sementelah pula pendengaran saya juga sedikit bermasalah.

Rupa-rupanya panggilan demi panggilan itu untuk mengkhabarkan seorang expert dalam 4x4 ini yang juga rakan karib dan guru 4x4 saya iaitu Azizan Mutafa telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam Sabtu.

Saya difahamkan pada siangnya beliau masih dalam bidang 4x4 ini iaitu membantu Kelab 4x4 Taiping (TORC - Taiping Offroad Club) dalam satu aktiviti di Taman Tasek Taiping.

Mustafa juga baru menjalani pembedahan "bypass" di IJN pada pertengahan tahun ini. Beliau adalah seorang jurulatih memandu di Sekolah Latihan Memandu PDRM, Ulu Kinta, Ipoh.

Saya sendiri telah merancang beberapa acara yang sepatutnya diadakan pada Disember ini yang melibatkan Azizan tapi kerana kesuntukkan masa, ianya terpaksa ditunda ke tahun hadapan. Malah beliau juga cuba menyelesaikan masalah pendaftaran sebuah Land Rover Defender 110 miliknya sebelum bercadang untuk menjualnya kepada saya.

Callsign Mustafa ialah 9W2ZMB.

Al Fatehah.


Gambar-gambar di atas ialah semasa Program Train & Drive untuk pemandu-pemandu dari Pejabat Kesihatan seluruh Malaysia yang diadakan di Hutan Belum. Saya turut dijemput sebagai instruktur.

No comments: