Nasi Lalapan, Laksa Sarawak & Teh C Special
Hampir semua restoran, kedai makan Melayu dan juga mamak di Miri ini ada menyediakan menu Nasi Lalapan (ada yang dieja Lelapan!). Kami 3 beranak mencuba beberapa buah kedai dan gerai berbeza termasuklah di Restoran Serai Wangi berhadapan Hotel Mega. Bagaimanapun Nasi Lelapan di Restoran Muara, Miri Water Front adalah yang terenak!
Menunya di mana sahaja hampir sama, Nasi Putih dimakan dengan set Ayam Goreng, Ikan Tenggiri, Ikan Bawal, Ikan Keli atau Ikan Tongkol yang digoreng. Sampingannya ialah Tempe dan Tauhu Goreng serta beberapa ulam rebus seperti Kobis, Kacang Panjang, Pucuk Ubi dan Timun dicecah Sambal Belacan. Disertakan jua semangkuk sup.
Sambal Belacannya didakwa menggunakan belacan buatan sendiri dengan bau di tangan tidak hilang walaupun bersabun punyalah banyak. Baunya pula dari jauh sudah tercium! Agaknya entah berapa banyak belacan yang digunakan.
Kalau order jangan lupa minta kurang pedas jika ada ahli keluarga atau kenalan yang berlidah nipis!
Ingatkan Nasi Lalapan ini menu asal Sarawak rupanya ia berasal dari Jawa!
Laksa Sarawak pula berbeza dengan Laksa Semenanjung. Berkuahkah ala Mee Kari dan meenya pula dari jenis halus seperti beehon.
Di Miri ini pula minuman Teh C Special menjadi pilihan masa kini. Tehnya diadun dengan Gula Buah Kelapa Laut. Manisnya amboiii.....
Kalau Nasi Lelapam pilihan aku, Laksa Sarawak pilihan orang rumah seorang aku itu, Nasi Ayam jugalah pilihan anak jantan seorang aku itu.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment