Tuesday, December 08, 2009

Volkswagen Shekh Imad Kuala Ketil


























Volkswagen Shekh Imad Kuala Ketil

Sebenarnya saya pernah ternampak deretan kereta-kereta Volkswagen ini semasa melalui Kuala ketil ini bebetrapa tahun lepas sama ada mengikuti acara 4x4 di Kuala Ketil ataupun bersama-sama NGO Warga Kilang membuat sumbangan di Baling. Tidak disangka-sangka pula kesemua Volkswagen ini adalah milik Shekh Imaduddin Hakimi yang lebih dikenali dengan Shehk Imad ini pernah bersekolah bersama-sama saya semasa Tingkatan 1 hingga 3.

Volkswagen Combi Van yang dimilikinya lengkap dengan set home teater, tv, peti ais dan telefon Atur 011 yang masih berfungsi. Combi ini juga telah memenangi beberapa pertandingan dan sudah beberapa kali disiarkan dalam media masa.

Manakala Tut-tut Piaggio 175cc yang dimilikinya kerap kali juga dipandunya dari Kuala Ketil ke Seberang Prai.

Walaupun memiliki beberapa kereta mewah seperti Mercedes, BMW dan Lexus, Shekh Imad lebih suka berperjalanan dengan Volkswagen Beetle Spot Merahnya jika tidak mengejar masa.

Masih menanti untuk dibaikpulih beberapa unit Volkswagen Beetle.

Selain dari Volkswagen, Shekh Imad juga mempunyai beberapa buah motosikal klasik British dan Jepun. Selain dari itu dia memiliki sebuah basikal roda tiga klasik Raleigh.

Selain dari kenderaan, Shekh Imad juga memiliki set telefon antik yang masih berfungsi.

Kalau berkunjung ke pejabat syarikat jualan kereta terpakainya iaitu Idaman Utama Enterprise di Kuala Ketil akan kelihatan susunan piala dan sijil perhargaan berkaitan Volkswagen yang dimilikinya termasuk deretan piala bolasepak hingga ke peringkat Piala Presiden yang pernah disertainya.

Selain dari mengusahakan syarikat jualan kereta terpakai, Shekh Imad juga terlibat dalam syarikat pembinaan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

1 comment:

麻辣火鍋Fay said...
This comment has been removed by a blog administrator.