Saba Restaurant - Menu Arab Yaman di Cyberjaya
Teruja dengan beberapa blog dan laman web mengenai Saba Restaurant, Menu Arab Yaman di Cyberjaya ini, petang tadi kami 3 beranak dalam renyaian hujan berbumbungkan Pesona menuju ke restoran ini.
Kami tiba ketika hampir semua meja di dalam restoran dan di perkarangannya dipenuhi pelanggan. Mujurlah ada pelanggan yang baru beredar.
Walaupun diberi menu, kami terus mengorder berpandukan menu yang dicadangkan dalam beberapa blog dan laman web. Menu yang diterima kami buat rujukan untuk kedatangan akan datang.
Minuman yang diorder ialah;
1 Botol Bavaria Apple - RM 3.00
2 Tin Barbican Rasberry - @ RM 3.00
1 Teko Teh (Small) - RM 3.00
1 Gelas Orange Juice - RM 5.00
1 Gelas Ais Kosong -
Manakala makanan yang diorder ialah;
1 Set Roasted Chicken - RM 8.00
1 Set Lamb Kabsah (Regular) - RM 15.00
1 Roll Chicken Kebab - RM 5.00
Kesemuanya ini dikenakan harga RM 45.00.
Sangkaan kami makanan dan minuman yang diorder akan tiba lewat kerana penghujungnya dari pelbagai bangsa terutama dari Timur Tengah memenuhi setiap ruangan. Bagaimanapun minuman yang diorder tiba tidak sampai 5 minit dari masa order diambil! Manakala makanannya sekitar 15 minit sahaja! Ini dapat dilakukan kerana pekerjanya begitu ramai ala-ala pekerja di restoran Mamak 24 jam, gabungan pekerja dari Timur Tengah dan juga rakyat tempatan!
Minuman Bavaria Applenya menyerupai Air Zapple. Tidaklah sesedap Barbican Rasberry sampai kami mengorder 1 tin lagi!
Teh O hanyalah menggunakan Teh Uncang Lipton tetapi ditambah dengan rendaman daun rasanya Pudina menyebabkannya enak sekali. Pasti kunjungan kami akan datang Teh O ini akan menjadi pilihan utama.
Nasi yang digunakan ialah dari Beras Basmathi. Memang enak! Bagaimanapun citarasa aku sedikit sesasar kerana menu ala Nasi Hujan Panas ini tiada Kuah Dalca! Sepinggan nasinya pula boleh dimakan 2 orang!
Makannannya dihidangkan secara "kering" hanyalah dengan semangkuk kecil ala Jelatah Timun dan sepiring kecil Sos Tomato ala sos Nasi Ayam Hainan.
Ayam Panggangnya enaklah juga tetapi Lamb Kabsahnya memang menyelerakan. Dagingnya lembut dimasak ada sedikit rasa-rasa Masak Kurma.
Saya (malah kami) tidak mengesyorkan Kebab Ayam! Kulit Roti Pitanya keras betul!
Untuk kunjungan yang akan datang yang belum pasti bila, kami sudah merancang-rancang untuk mengorder;
Nasi "extra" untuk dimakan dengan Chicken Shawerma dan Lamb Aoukdh di samping Pasolya dan Tebi. Menu sampingan pula ialah Hummus, Tabulah dan Mutabal.
Kalau nak sedap lagi - bawa sendiri Kuah Dalca!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Nota - menariknya di sini ialah penggunaan teknologi! Sebaik sahaja order diambil, pelanggan akan diberikan sekeping kad di mana setiap menu yang telah diorder atau akan diorder lagi akan di-key-in-kan terus melalui komputer. Setelah selesai makan, bawa sahaja kad ini ke kaunter untuk pembayaran.
1 comment:
Huhu nasi arab mmg gitu.. pak arab xsuke nasi berkuah2 ni..
Post a Comment