Down Memory Lane 3 – Cendol Ais Sagat & Pasembur Sambal Sotong Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
Ketika aku bergeladangan di KL pada pertengahan tahun 80an setelah gagal dari UM, Cendol Ais Sagat dan Pasembur di tepi Masjid Darul Ehsan Subang Jaya berhadapan Carrefour inilah antara tempat favourite aku menjamu selera.
Tengahari tadi buat pertama kalinya aku membawa isteri seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu menikmati juadah yang sama aku nikmati lebih 20 tahun yang lalu. Biasanya sebelum ini aku hanya membeli secara bungkus sahaja untuk dimakan di hotel bersama mereka.
Seperti dijangka, Cendol ini masih menggunakan teknik sagat bongkah kayu. Aku difahamkan selain di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya ini terdapat juga seorang lagi penjual Cendol yang masih menggunakan teknik sagat bongkah kayu ini di Stesen LRT Cheras. Di Ipoh, di Little India masih juga terdapat seorang penjual Cendol di sana yang masih menggunakan teknik sagat bongkah kayu ini. Hasilnya ialah sagatan ais yang halus jika dibandingkan dengan mesin tangan (biasanya Cap Itik!) ataupun mesin berkuasa elektrik.
Pasembur di sini juga menggunakan Sambal Sotong berbeza di kebanyakan tempat lain yang hanya menggunakan Sotong Basah Rebus atau Celur.
Sebenarnya di belakang Masjid Darul Ehsan ini terdapat satu warung bergerak yang menggunakan lori kecil di Jalan SS 15 berhampiran Pondok Bas berhadapan EON Bank menjual Pasembur yang terkenal keenakannya. Kunjungan saya tengahari tadi juga mendapati barisan pelanggan yang tidak kurang dari 10 orang sedang beratur menunggu giliran untuk membeli Pasembur ini.
Bagaimanapun kami 3 beranak lebih bersantai menikmati Cendol Ais Sagat dan Pasembur Sambal Sotong di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya.
Harga Cendol campur Kacang Merah dan Jagung Manis ialah RM 1.50 semangkuk. Manakala harga Pasembur Sambal Sotong adalah RM 3.70 sepinggan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment