Dari Matchless ke Mee Rebus Pak Ngah Sungai Dua, terus ke One Stop Cycle Shop, semuanya di Bertam Perdana
Asalnya aku terpandang sebuah motosikal klasik Matchless Single 350 ini terparking di hadapan deretan warung di Bertam Perdana. Niat menghampirinya semata-mata untuk melihat dari dekat. Rupa-rupanya Matchless ini milik seorang pekerja warung tersebut dan kebetulan warung milik bapak saudaranya iaitu Mee Rebus Pak Ngah baru dibuka (semalam) dan kami (aku dan anak jantan seorang aku itu) dijemput untuk bersama-sama menikmati Mee Rebus “kenduri” sempena promosi pembukaan kedai.
Sebenarnya warung asal Mee Rebus Pak Ngah ini di Sungai Dua berhadapan petrol pump itu juga agak kerap kami sekeluarga mengunjunginya.
Berbalik kepada Matchless Single 350 ini, aku kagum dengan kesungguhan pemiliknya seorang anak muda, yang memulihara motosikal yang dipakai harian ini. Sekali tendang lanjut saja tanpa “berkeras” seperti kebanyakan motosikal klasik Britsh yang lain, enjin satu silinder 350 cc mudah dihidupkan.
Bagaimanapun bunyi deruan ekzosnya agak lain dari kebiasaan. Tepat tekaan aku. Karburetor yang digunakan bukan asal sebaliknya menggunakan karburator scrambler Suzuki TS 125. Karburator asal ialah jenis Amal tetapi disebut sebagai Army oleh anak muda pemilik Matchless ini.
Selepas menjamu Mee Rebus (lama kerana asyik leka bersembang pasai motor!), kami berkunjung pula ke kedai basikal baru 2 minggu dibuka berhadapan dengan Warung Mee Rebus Pak Ngah ini iaitu One Stop Cycle Shop. Kedai ini beroperasi dari pukul 3 petang hingga malam. Patutlah minggu lepas beberapa kali melalui di hadapan kedai ini di waktu pagi dan tengahari masih bertutup. Sepatutnya pemilik kedai ini membuat makluman waktu perniagaan di hadapan kedai yang holeh dilihat orang lalu-lalang.
Sewaktu kami mengunjungi kedai ini hanya isteri pemilik yang ada tetapi beliau juga arif mengenai selok-belok basikal. Saya secara peribadi tidak mengenali suaminya tetapi hampir semua nama-nama ”kaki basikal” yang disebut oleh isteri pemilik kedai ini sememangnya turut dikenali oleh saya.
Banyak jenis basikal dan aksesori yang berkualiti dijual di sini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment