Wednesday, December 09, 2009

Penangan Face Book - Darjah 6 pun boleh re-union!


Penangan Face Book - Darjah 6 pun boleh re-union!

Patutlah PM pun dah ada Face Book! Dengan FB inilah orang rumah seorang aku itu dapat ber-re-union semula dengan rakan-rakan sekolah rendahnya (1977-82) di KL minggu lepas.

Walaupun setakat ini FB tidak capture sekolah rendah, tetapi melalui hubungkait sesama rakan di sekolah menengah, pelajar-pelajar Sek. Ren. All Saint's Kamunting ini dapat berhubung semula.

Itulah penangan FB!

Melalui re-union ini juga aku berjumpa kembali dengan salah seorang rakan sekolah orang rumah seorang aku itu yang kebetulan adalah
junior aku semasa sekolah menengah dahulu.

(Sebenarnya aku tak kenal dia pun semasa sekolah dulu! Dia rakan sekolah
Cikgooden! Sekarang dia lawyer - Nasib baiklah aku tak ragging atau buat hal dengan dia dulu!)

Agak-agaknya version baru FB nanti ada ruangan untuk capture sekolah rendah. Mungkin perlu juga untuk tabika. Sibuklah
Hidayah nanti nak layan akan-anak murid tabikanya itu.


Khabarnya "tergugat" juga blog dengan FB ini! Maaf sehingga kini aku belum boleh terima mana-mana permintaan nak jadi "kawan FB" aku ini. Semua masih dalam pertimbangan!

No comments: