Keropok Lekor, Kain Batik dan Kain Pua
Selain dari Keropok Lekor yang bukan sahaja terkenal di Semenanjung tapi turut diperbuat dan dijual di Miri ini, Kain Batik juga adalah salah satu produk tempatannya. Corak dan rekabentuknya juga menarik!
Banyak kedai dan butik di Miri ini mempamerkan dan menjual Kain Batik Sarawak ini.
Salah satu lagi ikon kraftangan Sarawak ialan Kain Pua.
Kain Pua ini pelbagai kegunaannya. Ada yang memakainya ala-ala Selendang di atas bahu. Ada yang mengantungnya di dinding yang siap dijual dengan penyangkut. Ada yang menjadikannya kain pelapik meja, hanya sebahagian sahaja bukan keseluruhan meja!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment