Anda prihatin?
(Ramai sangat yang telefon aku kebelakangan ini. Kehadapan ini tak tahulah sapa pula yang nak telefon. Member aku cakap ada seorang tu, dia tak telefonpun terus saja datang jemput kau. Jadi siap-siaplah kalau ”dia” datang sat-sat lagi ka, petang ini ka, malam ini ka, esok ka, esok-esok ka. Kalau ada apa-apa yang hendak diwasiatkan, wasiatkanlah cepat. Kalau ada apa-apa hutang itu, selesaikanlah cepat-cepat.
Sebut pasai hutang ini, teringat aku kepada M.Rajoli (ya lah siapa lagi pelakon itulah!). Aku sebenarnya pernah berlakun dengan Pak Rajoli ini pada penghujung 80an. Adalah satu, dua drama dan satu, dua filem. Pelakon filem juga aku ini, ya! Kalau hendak tengok banyak sikit ”shoot and take” aku itu, pergi cari video Pelumba Malam, adalah muka aku, badan aku dan juga motor aku!
Drama pula banyak aku berlakon arahan Datuk Yusof Haslam, apa lagi ”Roda-roda Kota Raya”lah!
Jadi, M.Rajoli ini bila waktu sholat dia akan sound kat budak-budak muda (masa itu aku muda belia lagi!); ”jom pi bayar hutang”. Mula-mula kami heran juga, hutang apa. Rupa-rupanya Pak Rajoli ajak pergi sholat!. Berlapik-bermotivasi cakap Pak Rajoli ini. Tapi betul juga!)
Berbalik kepada panggilan-panggilan telefon yang aku terima itu. Seorang daripadanya ialah Puan Hajah A. Hj. S. dari Jenderam Hilir, Sepang. Dia ini terbaca blog lama aku (http://thejourney.weblog.uum.edu.my/) tentang kempen yang aku kelola untuk sumbangan 3 rumah anak-anak yatim pada bulan Ramadhan tahun lepas. Puan Hajjah yang uzur ini berhasrat untuk membuat sumbangan peribadi dan meminta aku memberi maklumat lanjut mengenai rumah-rumah anak yatim ini.
Puan Hajjah ini juga berhasrat hendak berjumpa dengan aku malah menjemput datang ke rumahnya yang kebetulan bersebelahan dengan sebuah pondok pengajian yang mengadakan sambutan besar-besaran 3 hari 3 malam Maulud Nabi pada minggu lepas. Dia mengajak aku sekeluarga siap dengan menyediakan penginapan.
Aku sengaja ajak orang rumah aku pergi. Sebenarnya minggu lepas ada pelbagai acara lain, sengaja aku usik orang rumah aku. Aku kata Puan Hajjah ini hendak sangat jumpa aku.
”Ini tentu dia ada anak dara ini!. Berkenan kat abang lah tu?”, aik, ke situ pula orang rumah aku.
“Tak...... (aku jawab ala iklan kuah sate KFC!) anak-anak dia semua besar-besar dah. Semua sudah kahwin!.”. jawab aku, tapi sebenarnya aku tembak sahaja jawapan itu!
Dipendekkan cerita, kepada sesiapa yang berhasrat hendak buat sumbangan, hendak ziarah atau apa-apa yang boleh dibantu, bolehlah menghubungi mana-mana penjaga rumah anak yatim seperti dalam tag di sebelah kanan laman blog ini.
lukmanw@gmail.com

*Melalui kesempatan ini, aku mendoakan kesembuhan kesihatan Pak Rajoli yang uzur ketika ini.
No comments:
Post a Comment