Wednesday, April 23, 2008

Bukan semata-mata pergi kelas!






Bukan semata-mata pergi kelas!

Oleh kerana aku tak ada STPM, aku terpaksa ambil Sains Pemulihan (macam matrikulasi) di USM Penang selama 2 tahun, sebelum diterima masuk ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal USM 4 tahun di Tronoh (USM Tronoh sebelum jadi UTP) dan 2 tahun di USM Transkerian (kini dikenali Seberang Prai Selatan) bersebelahan Parit Buntar itu.

Dua tahun aku naik motor hujan panas hujung minggu ke USM Penang. Kemudiannya dua, tiga tahun naik motor ke Tronoh sebelum beli Kancil. Aku ambik PPJJ. Betulnya Pusat Pengajian Jarak Jauh tapi yang tepatnya ”Pelan-pelan Jadi Jurutera”!

Orang banyak tanya macamana aku boleh bersungguh pergi kelas, naik motor lagi!

Aku jawab, aku ada ”semangat”! Tolong sikit ini bukan semangat awek!

Semangat aku di Penang ialah Rope Walk di Lorong Kulit tepi Stadium itu. Kalau di Tronoh pula semangat aku ialah Down Memory Lane di Horley Street, Ipoh.

Kalau di Parit Buntar pula semangat aku ialah Pasar Malam hari Jumaat malam Sabtu. Saja aku set hari Jumaat petang kalau hendak jumpa pensyarah atau hantar tugasan.

Aku sanggup keluar rumah seawal jam 6 pagi kalau kelas di USM Penang mula pukul 9 pagi. Sempat sejam di Rope Walk ini.

Tapi aku bukannya beli apapun. Saja nak motivate diri aku sebelum masuk kelas.

Itu masa bujang dengan motor. Lepas kahwin aku usung anak bini aku. Kadang-kadang nak meriah aku bergilir-gilir hari usung mak aku atau mak mertua. Macam rombongan Che Kiah pula.

Sekali itu aku usung bos pejabat dengan member kamceng seperti En. Jamil (boss), Pakcik Hashim, Mie, Manjoi dan Nadzri. Sama-sama sholat Jumaat di USM Transkerian dan lepas itu merayau ke Pasar Malam. Itu untungnya dapat boss dan member satu kepala!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Gambar-gambar atas ialah Down Memory Lane, Horley Street di Ipoh

No comments: