Tuesday, April 08, 2008

Gila Cendoi

Gila Cendoi

Anak jantan seorang aku itu gila cendol. Baru setahun dua ini gilanya pada cendol menjadi-jadi. Pantang jumpa cendoi, mesti nak perkena! Dulu punya payah aku nak ajak dia perkena cendol. Kalau minumpun minum kuah sahaja, isi tolak tepi!

Aku tak berapa sangat cendol ini. Di Taiping terkenal dengan Cendol Bismillah. Sebenarnya Cendol Bismillah ini asalnya hanya gerai kecil sebelah Restoran Bismilllah di Jalan Taming Sari bertentangan Jam Besar dan juga Market Ikan. Tapi sekarang sudah berpecah (atau berkembang?) jadi Anshari Cendol (2 cawangan), Bismillah Cendol (1 cawangan) dan Taiping Cendol (2 cawangan).

Semasa kecil dulu aku selalu di-dongeng-kan dengan cerita-ceriti pasai cendol ini sampai takut aku nak minumnya. (Rujuk
http://oshthejourney.blogspot.com/).

Asal cendol di Taiping ini (rasanya sama juga di tempat lain) hanya ada isi cendol, ais mesin (dulu parut) dan gula melaka. Kalau tambahpun cuma pulut (panggang atau bakar biasanya). Tapi sekarang kebanyakannya mesti ada kacang tin. Setengahnya siap dengan jagung tin. Kalau di Masjid Negeri Ipoh masa zaman 80an dulu, aku minum cendol campur kacang maruku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar
Gambar atas, di Taiping
1. Restoran Bismillah yang terkenal semenjak zaman askar British lagi.
2. Gerai Cendol Anshari, Generasi ketiga Cendol Restoran Bismillah
3. Gerai Cendol Bismillah, juga keturunan kepafa Cendol Restoran Bismillah

Gambar bawah, gambar lama, di Subang Jaya (dekat masjid)
Tak tahu sama ada masih ada Cendol Parut ini. Sebelahnya ada Van Pasembur Campur Sambal Sotong

No comments: