(Siratan asal pada 17-Apr-08 tetapi tidak dapat di-upload-kan kerana internet speed (dial-up) terlalu slow di Taiping)
Baru semalam Dr. Tokasid (http://tokasid.blogspot.com/) tanya aku pasai Bubur Gandum. Petang tadi aku singgah di R&R Juru terdapat gerai-gerai baru (ala booth shoping complex) di hadapan deretan gerai asal.
Salah satunya tertera Aneka Bubur dan Serawa, serta tersenarai Bubur Gandum di samping bubur-bubur dan serawa lain. Aku terus minta Bubur Gandum.
“Hari ini tak ada Bubur Gandum”, jawab kak cik pakai uniform gerai makan R&R.
“Kenapa ada tulis kat menu tu?”, tanya aku tak puas hati. Tadi dah semangat betul tapi sekarang nampaknya kempunan aja la.
”Kami selang-seli. Semalam Bubur Gandum dengan Bubur Kacang. Hari ini Serawa Pisang dengan Bubur Pulur Hitam. Esok pula Bubur Durian.“
Itulah gerai (tidak merujuk kepada mana-mana bangsa pemiliknya) yang tidak patuh akta jualan. Aku rasa ada termaktub dalam akta tu apa yang ditawarkan (diiklan) mesti sama yang di pasaran. Tapi kak cik ni tahu ka pasai akta jualan ini.
”Bolehlah Serawa Pisang,” aku mengalah. Tapi kepuasannya tak sama kalau perkena Bubur Gandum.
Kalau tak, boleh aku menayang gambar semangkuk Bubur Gandum pada Dr. Tokasid
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment