You can checkout any time you like, but you can never leave!
(Setelah hampir (atau lebih!) 20 tahun dalam bidang motorsports)
Sudah beberapa kali aku mengambil keputusan untuk meninggalkan arena motorsport, bukan kerana merajuk atau atas apa sebab yang negatif tetapi semata-mata untuk memberi tumpuan kepada pekerjaan dan pelajaran aku.
Semasa di tahun akhir di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, USM, (tahun 2002) seminggu lagi sebelum peperiksaan akhir, aku diminta menggantikan boss aku sebagai pegawai perlumbaan Malaysia di 4x4 Off Road Rally Asia di Hutan Belum di Grik.
Tahun sebelumnya beberapa hari sebelum peperiksaan akhir juga, aku dipanggil oleh Kerajaan Negeri Perak agar membantu Pasukan National Geographic Hong Kong untuk mengendalikan acara Eco Challenge di Bukit Merah. Bertugas seawal 5 pagi dan kembali rumah pun seawal pagi pada pukul 2 atau 3 pagi! Sampaikan menjadi rungutan orang rumah aku yang bimbangkan pelajaran aku terjejas!
Terbaru, seperti biasa setiap tahun bulan Mac adalah bulan tersibuk untuk aku. Dengan acara Formula One, walaupun aku tidak terlibat di dalam trek, aku tersibuk dengan acara promosi; merekabentuk dan menyediakan trek sementara di atas jalan untuk pertunjukan, dan sebagainya.
Pada bulan Mac yang sama juga acara tahunan Petronas Sprinta AAM Cub Prix akan bermula. Sebagai pegawai teknikal dan juga jurureka trek, aku mula mencemburui masa.
Tahun ini aku berhasrat untuk meninggalkan walaupun bukan secara terus serentak acara-acara motorsports ini tetapi masih juga di-calling-calling agar dapat membantu.
Agaknya itulah yang dikatakan;

Pastinya aku akan merindui apatah lagi aku mengenali-erat orang rumahku melalui motorsports. Ketika aku sibuk sebagai Pegawai Perlumbaan, orang rumah aku pula sibuk sebagai pencatat masa perlumbaan. Malah boleh dikira dengan jari, acara motorsports yang aku pergi berseorangan, pastinya dengan orang rumah dan anak termasuklah ke Thailand. Mungkin hanya acara yang melepasi Thailand, agak sukar untuk aku membawa mereka.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment