Friday, April 04, 2008

Punyalah baghal manusia ini!


Punyalah baghal manusia ini!

Aku sudah bersabar hampir sebulan. Mula-mula itu aku bertekak dengan kelindan lori yang punggah buang kayu-kayu buruk sisa pembinaan ini, betul-betul bertentangan pintu pagar keluar masuk kanak-kanak di sekolah anak jantan seorang aku ini.

Adakah tengah waktu puncak tengahari mak bapak sibuk nak ambil anak balik sekolah pagi dan nak hantar anak datang sekolah petang, waktu itulah lori ini nak punggah buang kayu-kayu ini?

Aku halau dia sambil bagi ayat killer berlapik; tak ada otak ka? Lu pergi mana-mana minum teh ka, sikit jam lagi datang.

Tersengih-sengih kelindan dan pemandu lori sambil pergi parking jauh dari kawasan depan sekolah. Orang suruh pergi minum teh, dia orang pergi tunggu tengah panas pulak. Tak kan aku kena bagi duit minum teh juga kut!

Tadi aku tengok makin bertambah kayu-kayu ini. Siap dengan kepingan zink buruk.

Aku tahulah tanah bersemak depan sekolah itu milik orang persendirian. Mungkin kayu-kayu ini nak dijadikan asas rangka pembinaan. Tetapi pakai otaklah sikit, punggah-buanglah ke dalam sikit. Ini betul-betul tepi jalan. Kat situlah mak bapa hendak bertengek tunggu anak. Kalau ada mak bapak yang lewat sikit, mulalah budak-budak ini gatal tangan dan kaki dok naik kerabat kayu-kayu dan zink buruk ini.

Rasanya kat bawah-bawah kayu-kayu dan zink buruk ini sudah jadi hotel 5 bintang kat nyamuk-nyamuk aedes. Sudahlah Kamunting ini kawasan top-5 di Perak dalam ketegori berisiko denggi!

Kalau tengok keadaan uzurnya kayu-kayu dan zink buruk, nampak macam kena buang sahaja. Kalau untuk asas rangka pembinaan, tak lama lagi selesai masalah keselamatan dan kesihatan ini. Tetapi kalau memang bahan buangan, alamatnya ada tangan atau kaki budak nak kena paku atau luka sebab zink tajam. Silap-silap ada yang masuk hospital kerana denggi.

Kebetulan besok Mesyuarat PIBG, aku nak buka usul. Minta pihak sekolah cari tuan tanah. Tanya tuan tanah apa dia nak buat. Kalau tuan tanah kata tak tahu, pakat-pakatlah buang atau buat apa yang patut kayu-kayu dan zink buruk.

Takkan itupun hendak tunggu aku angkat dan julang sepanduk!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Nota kecil kemalu-maluan;
Ini kali pertama dalam tempoh 5 tahun aku nak pergi Mesyuarat PIBG di sekolah anak jantan seorang aku itu. Bukan tak prihatin tapi memanjang mesyuarat aku tak ada. Biasalah kalau hujung minggu aku tak ada di Taiping, orang rumah aku dan anak aku pun tak ada. Tak kan nak hantar pak, mak aku atau mak mertua aku jadi wakil!

Esok sebenarnya aku ada kerja di KL, tapi takpalah aku pergi lewat sikitke KL, selepas habis Mesyuarat PIBG ini. Kalau pukul 12 tengahari tak habis juga, aku beri salam dululah.

No comments: