(Mola-mola aku dok sini (Changlung), depa ajak pi Nat (?). Nat mana pola ni! Nat batang skru tu aku tahulah (bolt and nut).
Oh, ropa-ropanya Nat tu dialek Peglih (Perlis) untuk Pasar Pagi. Nat yang famous sekali di Peglih ini di Pauh. Kalau mai kot lebuhraya Bukit Kayu Hitam Kuala Perlis, dia dok tengah-tengah, belah kanan. Koluar sat kat simpang, jumpa Pekan kecik Pauh, slow sikit keta atau motor tu jumpalah Nat ni.
Nat ni tepi jalan, menghulor masuk celah-celah pokok getah. Sebab tu hang mai makala 12, 1 pun, tengah matari rembang, panas lit-litpun, hang dok sejuk lagi!)
Jadi, aku yang ”pencinta pasar malam, pasar hari dan pasar pagi” ini berkunjunglah ke Nat, Pauh Ahad lepas. Sebenarnya aku sudah kerap lalu Pauh ini bila hendak pergi Kangar semasa Rally di Ladang Tebu Chuping. Boleh juga short-cut ikut Pauh ke Chuping. Boleh jumpa Gerai Ikan Keli Bakar Pokok Sawa. Tetapi biasanya aku pergi Kangar dulu, check-in hotel lepas itu baru pergi trek.
Bila lepas sikit Pekan Pauh (selepas traffic light) aku nampak banyak kereta tepi jalan. Ini tentu sudah sampai. Aku pun melilau kiri-kanan cari tempat nak letak kereta. Sambil itu heran juga pasai apa banyak sangat orang China dengan bunga. Tak apalah depa pun hendak pi Nat juga.
Last-last dapatlah parking. Aleh-aleh baru aku perasan. Aku bukan sampai Nat lagi tapi kawasan jerat China. Aku tanya Nyonya yang bawa ramai anak dara yang besar-besar itu.
”Apa sembahyang hari ini, Nyonya?”
”Kami sembahyang tok nenek hari ini”
Ohhh, lawa juga cucu-cucu tok nenek ini, maksud aku amoi-amoi itu bukan maknya!
Rupa-rupanya Nat tu lepas jerat China. Aku start kereta balik.
Nat ini terletak kiri-kanan jalan. Tak tersusun di celah-celah bawah pokok getah. Tak besar sangat. Barangpun tak banyak. Aku cuma cuci mata dan exercise kaki. Perkena Mee Rebus kat gerai yang ada meja tepi jalan. Jenuh layan seorang makcik yang makan sama aku. Dia dok cerita pak dia pun di Penang dulu jual Mee Rebus bubuh keledek, campur tulang, campur air rebus udang.
Lepas tu beli ala pasembur tapi ada campur beehon untuk makan tengahari. Rasanya makcik dan anak dara orang Siam yang jual ni.
Jumpa pakcik Melayu berkopiah jual barang seringgit tapi loud speaker dia suara amoi panggil orang beli. Tak tahulah sama ada pakcik ini kerja dengan amoi suara dalam loud speaker tu atau amoi suara dalam loud speaker tu kerja dengan pakcik ini. Aku beli pengetip kuku besar, gunting serba guna, camca besi yang aku suka itu dan pisau potong buah yang ada sarung.
Lain kali aku nak bawa bini aku datang Nat sini. Ajak mak aku pun tentu dia suka.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:
Post a Comment