Friday, April 04, 2008

Sudah dua kali bawa bendera dan sepanduk!


Sudah dua kali bawa bendera dan sepanduk!

Minggu lepas anak jantan aku seorang itu bawa bendera Persatuan Bulan Sabit Merah. Pagi tadi pula bawa sepanduk buatan sendiri untuk Perarakan Sambutan Maulud sekolahnya. Sepanduk dia itu dapat nombor tiga. Sepanduk hasil dari buah tangan ”Geng Perut” 8 orang dengan operasi 3 jam di rumah aku petang semalam. Kutipan geng RM 16.00 dengan baki RM 4.00 lebih. Aku pula habs dekat RM sebelah tangan siap dengan Yeos Soya 1 liter 3 kotak dan Chipsmore Besar 3 bungkus yang satupun aku tak dapat rasa. Mungkin aku kena ”claim” balik dari Geng Perut ini.

Sebenarnya aku punya sejarah dalam bab-bab angkat dan julang sepanduk ini. Masa tingkatan 1 di sebuah sekolah asrama di Ipoh (1980) aku di-provoke oleh pelajar senior asrama berpiket tak puas hati dengan pentadbiran sekolah dan asrama. Tngkatan 5 pula aku provoke pelajar junior untuk angkat dan julang sepanduk sama kami.

Zaman Lupti Osman (UTM), Hisham Mat Ali (UM) dan kes motosikal dilarang masuk (UKM) semasa akhir 80an pun aku tumpang sekaki. Di sebuah rumah di PJ itulah aku menyumbangkan bakat pelukis aku menconteng sepanduk.

Aku harap bila besar suatu hari nanti kalau anak jantan seorang aku itu hendak angkat dan julang sepanduk, angkat dan julanglah dengan ”berprinsip”.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: