Ronda Cari Roti – Puri di Bistro Mohamaad Kamunting
Kalau
diberi pilihan, saya akan memilih Puri di Restoran Nasi Kandar Mohd Kasim
Taiping Tetapi Bistro Mohamaad pula berdekatan dengan rumah saya!
Bistro Mohamaad terletak
di corner lot deretan rumah kedai bersebelahan kilang cat Sancora Kamunting
berdekatan dengan roundabout Silverstone.
Puri di sini tiada
piawaian tetap! Ada kalanya hebat. Ada kalanya biasa-biasa sahaja.
Saya suka Puri di sini sebab
boleh minta tiga jenis kuah sekali gus iaitu Kuah Ubi, Kuah Dal dan Kuah Sadirn
walaupun hanya makan sekeping Puri.
Kalau makan di waktu
petang pula, boleh duduk di meja luar bistro ini di tepi jalan. Terasa macam di
Rom pula sambil melihat lalu-lintas dan ulang-alik ramai pekerja Bangla serta
Nepal di sini.
Link Puri di Restoran Nasi
Kandar Mohd Kasim Taiping di sini.
No comments:
Post a Comment