Ronda Cari Roti – mencari kudapan terjumpa Bayam dan
Cendawan Goreng
Setelah kekenyangan
sarapan pagi dengan Nasi Berlauk, kami suami-isteri tidak bercadang untuk Makan
Tengahari. Semasa mengeliingi Pasar Khatijah Kota Bahru ini, kami terperangkap
dalam kesesakan lalu-lintas. Baru teringat pesanan sanak-saudara saya di
Kelantan, laluan berhampiran Pasar Khatijah ini memang sesak di waktu cuti
sekolah.
Kami sengaja mengambil
laluan ke PCB. Di laluan ini memang banyak jualan jajaran. Cadangnya nak cari
Colek dan Jagung Bakar.
Ternampak satu gerai yang
bergantung Pisang yang tersedia untuk digoreng.
Bonus kepada kami kerana
di sini ada Bayam Goreng dan Cendawan Goreng.
Saya biasa makan Cendawan
Goreng Celup Tepung tetapi inilah kali pertama merasa Bayam Goreng Celup
Tepung.
Rasanya memang terbaik!
Patutlah menjadi kesukaaan Popeye !
No comments:
Post a Comment