Ronda Cari Roti - Roti Bakaq Teloq Meleleh, Parit Buntar
Ini cerita Isnin lepas. Tergoda gambar di FB mengenai Roti
Bakaq Teloq Meleleh di Medan Selera Restu Bonda, Food Court sebelah Mydin Parit
Buntar, kami sekeluarga datang ke sini semata-mata untuk mencubanya.
Kita hanya merancang! Tutup pula hari Isnin, gerai ini. Nasi
baik ada roti lain !
Sementelah telah datang, kami mencuba Kopi Vietnam dan
Popiah Vietnam di samping Ketiaw Hong Kong, Capati Kuah Daging, Roti Jala Kuah
Ayam, Roti Planta dan Chatr Ketiaw.
Popiah Vietnam itu terbaik! Sama rasanya saya makan di
Vietnam seketika dulu. Uniknya, ada selapis kulit popia seakan-akan plastik !
Harap-harap selepas ini jangan pula rakyat Vietnam berdemo
depan kedutaaan Malaysia di Vietnam menuntut pengisytiharan Popia adalah milik
Vietnam.
Popia Vietnam tak sama dengan Popiah Malaysia. Saya pernah
makan Popiah Indonesia (di Indonesia), dan rasanya pun tak sama dengan Popiah
Malaysia. Lebih kurang rasa itu memang adalah.
No comments:
Post a Comment