Thursday, March 19, 2015

Gerai lauk semata !







Gerai lauk semata !

Rakan saya seorang wartawan arus perdana pernah memberitahu saya – cari gerai makan yang ada hanya semata lauknya. Maksudnya gerai tersebut hanya ada satu mata atau satu lauk utama sahaja dan hanya satu ada dua lauk tambahan lain.

Tengahari tadi selepas “sidang rakyat” di Kota Bahru, kami berperjalanan di Pasir Mas dalam perjalanan balik ke Taiping.

Di Kangkung, selepas Pekan Pasir Mas, kami terpikat dengan sebuah gerai makan kecil yang ada longgokan buah kelapa muda di hadapan gerai.

Juga terlayar banner yang tertulis Selera Ikan Patin.

Saya tidak mengemari Ikan Patin Masak Tempoyak ataupun masakan lain tetapi itulah makanan kegemaran orang rumah saya seorang itu.

Gerai kecil ringkas sahaja. Cuma ada empat meja. Satu meja dikelilingi oleh dua orang pemandu lori yang memandu dua buah lori berasingan. Dua meja lagi rasanya dikelilingi oleh enam penduduk tempatan rasanya.

Di atas para terletak tiga bekas plastik makanan di mana dua darinya berisi Ikan Patin Masak Tempoyak. Satu bekas plastik lagi terisi Ikan Goreng Pelata Goreng. Manakala terdapat tiga pinggan dengan satu pinggan terisi Pedal/Hati Goreng, satu pinggan terisi Bawal Goreng dan satu pinggan lagi terisi pelbagai ulaman. Terdapat satu mangkuk kecil terisi Sambal Belacan.

Kami dimaklumkan itu saja menu juadah di gerai ini.

Patin Masak Tempoyaknya memang terbaik menurut orang rumah saya. Tidak sangat terasa Tempoyaknya.

Saya hanya memilih menu Ikan Pelata Goreng, Hati/Pedal Goreng, Timun Bendang dan Sambal Belacan. Sekadar mengalas perut!

Sudah tentu pilihan kami Air Kelapa Muda. Siap bungkus dengan tupperware yang kami bawa!

Percayalah, gerai lauk semata ini memang berbaloi masakannya. Malah harga yang sangat berpatutan.

Kena pula gerai berteduh di bawah pokok dan tersedia Air Kelapa Muda untuk diminum. Benar-benar menyejukkan badan di musim panas sebegini.

Kadang-kadang peniaganya juga “menyejukkan” mata memandang!

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: