Wednesday, March 18, 2015

Ronda Cari Sup – Sup Perut dan Sup Tulang di Permaisuri. Sup Sayur di Wakaf Che Yeh









Ronda Cari Sup – Sup Perut dan Sup Tulang di Permaisuri. Sup Sayur di Wakaf Che Yeh

Selain dari Roti, saya penggila Sup. Lebih-lebih lagi Sup Perut dan Sup Kaki Ayam.

Semalam dalam perjalanan dari Susur Keluar Tol Terengganu, kami terjumpa Pasar Malam selepas Permaisuri. Sebenarnya cadangan kami untuk melalui jalan Penarik (laluan favourite kami di Pantai Timur) dan mungkin bermalam di chalet di Penarik. Tetapi Susur Keluar Kuala Terengganu ini sudah 20 km melepasi Bandar Terengganu, ini bermakna kami terpaksa berpatah balik jika hendak melalui Penarik.

Di Permaisuri, perjalanan “No Reservation”  kami tidak berjumpa mana-mana hotel dan rumah tumpangan, membuatkan kami meneruskan perjalanan ke Jerteh. Saya tahun ada banya hotek dan rumah tumpangan di Jerteh kerana tahun lepas, saya telah bermalam sebanyak tiga kali di Jerteh kerana tugasan kerja di Ketara, Jerteh.

Di gerai berhampiran Pasar Malam selepas Permaisuri ini kami berhenti makan Mee Celup Sup Ayam. Kami juga membeli Sup Perut dan Sup Tulang serta Nasi Puteh untuk dimakan di hotel.

Bonus pada kami, gerai ini mempunyai kedua-dua jenis Perut Kitab dan Perut Bulat.

Sebentar tadi pula kami mencari Sup di Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Disebabkan semalam kami sudah makan daging dan ayam, malam tadi kami hanya mengorder dua pinggan Nasi Puteh, Sup Sayur dan Telur Dadar. Untuk makan malam ini kosnya hanya RM 8.00 termasuk bayaran untuk Barli Ais dan Ais Kosong.

Harga makanan yang murah di Kelantan ini benar-benar merupakan tarikan kepada perlancong.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com.

No comments: