Nasi Lalap di The Warung, Kapayan
Sepupu saya di Kota Kinabalu membawa saya mencuba Nasi Lalap
di The Warung, Koperasi Kapatan Berhad, Kapayan.
Warung kecil ini padat dengan pelanggan, malah kami terpaksa
menunggu seketika untuk ditempatkan di meja yang kosong.
Menu yang kami cuba ialah Nasi Lalap, Nasi Goreng Lalap dan
Watan Hor Seafood.
Ayam Goreng Panas untuk Nasi Lalap ini memang terbaik tetapi
saya lebih teruja dengan Gorengan Tauhu dan Tempenya yang ranggup! Juga
tersedia keropok ala Keropok Murni.
Sambalnya yang melengkapkan set Nasi Lalap ini.
Tersedia dengan tiga sediaan iaitu Ayam, Daging atau
Seafood, kami memilih Watan Hor Seafood yang juga tidak mengecewakan selera
kami.
Kunjungan akan datang, saya akan Nasi Uduk Ayam Penyek pula.
Kedai kecil yang telah lama beroperasi ini juga menyediakan
juadah makan tengahari dengan yang ringkas sahaja. Menu lain yang terkenal di
sini ialah Ayam Goreng dengan Sambal Specialnya.
Hanya jauhari mengenal manikan. Hanya penduduk tempatan yang
arif segalanya!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com
No comments:
Post a Comment