Sunday, March 15, 2015

Restoran Kemunting Utara Taman Lela














Restoran Kemunting Utara Taman Lela

Dulunya Restoran Kemunting Utara Taman Lela ini terletak di sebelah kiri jalan raya dari Taiping menghala ke Batu Kurau. Setelah tapak itu dibangunkan untuk Stesen Minyak (katanya Petronas), restoran ini berpindah ke seberang jalan dengan restoran yang lebih besar dan selesa. Turut disediakan tempat letak kereta yang luas, ruang makan berhawa dingin dan juga bilik sholat.

Malam tadi pertama kali kami sekeluarga menjamu selera di sini setelah berberapa kali tertangguh.

Kami tiba sekitar 9.00 malam. Suasana dalam restoran ini sedang meriah dengan ramai keluarga yang sedang menjamu selera. Restoran ini juga mempunyai pekerja yang serta-merta mengosongkan (membersihkan) meja apabila pelanggan meninggalkan selepas selesai makan. Kerjasama mereka macam pasukan F1 cepatnya !

Layanan pengambil order juga cepat dengan makluman meu yang diorder akan sampai lewat disebabkan ramai pelanggan. Malah beliau juga mencadangkan (mengesyorkan) beberapa menu yang boleh disiapkan segera.

Kami mengorder Pulut Mangga, Chicken Chop dan Ketiaw Sup. Cadang mulanya hendak order Lamb Chop yang direkomen oleh seorang kenalan! Tapi dimaklumkan menu tersebut agak lewat untuk disiapkan. Begitu juga Roti Bakar!

Apapun menu yang kami order tidak mengecewakan terutama Pulut Mangga dan Ketiaw Sup.

Lain kali kami hendak makan menu ala Thai masakan panas pula pula!

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: