Tuesday, March 17, 2015

Ronda Cari Roti – Nasib baik Kopi-O nya memang kaw !










Ronda Cari Roti – Nasib baik Kopi-O nya memang kaw !
Sudah masuk malam kedua, kami suami-isteri mencari Roti Bakar di waktu malam !
Sebentar tadi orang rumah saya seorang itu melonjak riang apabila melihatkan adanya Kopitiam di dalam Foodcourt AEON Seremban 2 ini.
Mungkin bukan rezeki kami! Bangla perkedai di Kopitiam ini memaklumkan Mesin Pembakar Roti mereka sudah beberapa hari rosak.
“Boss sudah kasi tahu tapi belum beii baru !”.
Mujurlah Kopi-O yang di-order dari Kopitiam ini memang kaw !
Kami turut mengorder menu yang pernah diorder tahun lepas iaitu Petai Prawn Rice dan Ketiaw Goreng.
Rasanya? Boleh leee sekadar untuk tarik selimut!
Esok kena cari Roti Bakar juga. Mungkinkah di Kedai Kopi Hai Peng, Chukai, Kemaman?

No comments: