Pasar Malam Wakaf Che Yeh vs Bukit Bunga
Tahun lepas kebetulan saya sekeluarga berada di Kota
Bahru pada musim cuti sekolah. Kami berkunjung ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh sehari
sebelum bertolak pulang ke Taiping. Dalam perjalanan pulang ke Taiping pula
kami singgah di Bukit Bunga.
Amat ketara sekali layanan hampir kesemua peniaga-peniaga
di Bukit Bunga jika di musim cuti sekolah. Jauh berbeza sewaktu kami berkunjung
di Bukit Bunga semasa bukan cuti sekolah. Kebetulan saya dalam tugasan kerja di
Ketara Jerteh beberapa kali di tahun lepas. Setiap kali pulang dari Jerteh,
saya akan singgah Bukit Bunga untuk membeli bebarapa barangan titipan untuk
orang tua, kenalan dan jiran-jiran saya.
Disebabkan itu, kunjungan ke Kota Bahru kali ini, kami
suami-isteri mengambil keputusan ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh sahaja sebentar
tadi. Esok dalam perjalanan pulang, tidak perlu lagi singgah di Bukit Bunga.
Alhamdulillah kalau di AEON Seremban 2, tanpa disangka saya
berjaya berjumpa dengan kasut Croc bersize saya dan berbentuk-B. Manakala di
Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini pula saya berjaya berjumpa seluar jean Lewis
bersaiz saya. Menariknya harganya juga mengikut size pinggang pembeli!
Orang rumah saya seorang itu seperti biasa membeli
tudung, kain dan seluar batik, brooch, seluar palekat (untuk anak lelaki kami),
baju tidur (untuk emak saya) dan beras pulut serta keropok sebagai titipan.
Kami juga menikmati makan malam dengan Menu 2 pinggan
Nasi Puteh, Sup Sayur dan Telur Dadar serta Barli Ais dan Ais Kosong. Untuk
menu ini kai dikenakan bayaran RM 8.00.
Untuk kudapan di hotel malam ini, kami membawa pulang Ketupat
Mini, Laksa Penang dan Buah Pauh.
Maaf peniaga di Bukit Bunga, esok kami lalu sahaja!
1 comment:
TUMPANG IKLAN >>>>
KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KERETA SEWA DI KOTA BHARU DENGAN HARGA YANG MURAH DAN BERPATUTAN
JIKA ANDA MENGUNJUNGI NEGERI KELANTAN DAN MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI
CALL/SMS/WHATSAPP : 013 9191771
https://www.facebook.com/kereta.sewa.505
https://raycarrental.blogspot.my
Post a Comment